
Ketibaan YAS Dato’ Sri disambut mesra oleh warga JBPM Negeri Pulau Pinang. YAS Dato’ Sri turut meluangkan masa merasmikan Bilik Mesyuarat Strelitzia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir di dalam majlis ialah YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PPjB Hj. Hassan ‘As’ari bin Hj. Omar,Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PgKB I Faizal Izani bin Azizan, Komander PUWU Bertam, Pen. Pengarah Bahagian, Ketua Balai dan Pegawai Kanan Jabatan.