11 Januari 2023 (Rabu) – JBPM Putrajaya telah menerima kunjungan daripada 42 orang pelajar dan 5 orang guru SMK Dato’ Shamsudin Nain, Rantau, Negeri Sembilan sempena ‘Program Jelajah Ilmu’. Fokus pengisian program lawatan ialah mengenai kerjaya Bomba. Selain itu, penampilan istimewa PB Nursyafiq Farhain bin AM Salim dan anggota-anggota pasukan A, BBP Presint 7 telah memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam menduduki peperiksaan SPM dan seterusnya meneruskan kerjaya mengikut minat masing-masing. Program berakhir dengan sesi bergambar yang turut dihadiri oleh PPjB Mohd Razam bin Taja Rahim, Bahagian Latihan JBPM dan YS Pengarah dan Timbalan Pengarah, JBPM Putrajaya.
Penampilan istimewa PB Nursyafiq Farhain bin AM Salim turut hadir pada sesi jelajah ilmu tersebut. PB Nursyafiq Farhain bin AM Salim memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. PPjB Mohd Razam bin Taja Rahim, Bahagian Latihan JBPM bersama YS Pengarah dan Timbalan Pengarah memberi penerangan mengenai penggunaan Aerial Ladder Platform. Anggota bomba memberi penerangan ringkas mengenai penggunaan Foam Nozzle. Wajah ceria pelajar menaiki jentera bomba. Pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang menaiki jentera bomba. Pelajar mencuba menaiki motor RIM sambil mendengar penerangan dari anggota bomba. Pelajar-pelajar bergambar kenangan bersama artis Syafiq Farhain. Pelajar-pelajar lelaki bergambar kenangan bersama anggota bomba. Pelajar-pelajar perempuan bergambar bersama PB Macrina. Pelajar-pelajar bergambar kenangan di perkarangan Engine Bay JBPM Putrajaya.