Putrajaya – 21 September 2022 : Latihan Kebakaran di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (Integrasi) Genius, Presint 11

21 September 2022 (Rabu) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (Integrasi) Genius, Presint 11. Seramai 179 orangg kanak-kanak dan guru termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja kantin terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir (BKK) dan Pasukan B, BBP Presint 7 yang diketuai oleh PBK II Khairel Azman bin Not dan PBK II Wan Mohd Zammani bin Wan Mohd Ramli. Kehadiran 2 buah jentera Bomba dan 2 buah RIM telah membuatkan anak-anak ini teruja dan seronok dengan program yang diadakan ini.

ms_MYMalay