22 – 27 Nov 2021 – Kursus Pengendalian dan Teknikal Dron telah diadakan di Akademi Kuala Kubu Bharu. Pertandingan Fire & Rescue Drone Challenge Piala Ketua Pengarah 2021 pula diadakan pada 26-27 Nov 2021. JBPM Negeri Sembilan berjaya memenangi tempat Kedua (2) dalam Dron Maneuver Challenge dari 3 acara yang dipertandingkan. Dua (2) wakil JBPM Negeri Sembilan yang telah memenangi pertandingan tersebut ialah PB Abang Mohammad Izzad Bin Abang Hashim dan PB Mohd Firdaus bin Sazali. Tahniah diucapkan.