Majlis Pelancaran LiSA & Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA)

9 Nov 2021 (Selasa) – YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, TKP (Operasi) JBPM telah hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran LiSA & Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) di Teluk Kemang. Turut hadir bersama-sama ialah YS TPjB Ts. Ahmad Izram bin Osman, Pengarah BKK JBPM, YS PPjB Hj. Hamdan bin Hj. Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai.

Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan di Majlis Pelancaran LiSA & Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA). Antaranya ialah Pelancaran Life Saving Appliances (LiSA) di Pantai Teluk Kemang, penyampaian sijil Bapa Angkat LiSA kepada Pengurus Hotel Seri Malaysia dan Ancasa Residence Port Dickson, Kempen Kesedaran dan Keselamatan aktiviti di air kepada pengunjung-pengunjung dan para pelancong yang berada di Teluk Kemang dan pemantauan tahap kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) di JBPM Negeri Sembilan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi pengendalian bot oleh pasukan PPDA dan pemantauan lokasi-lokasi berisiko MTL bersama rakan media. Pihak JBPM NS juga ada mengedarkan brochure dan pamplet keselamatan tentang penggunaan peralatan elektrik di rumah. Untuk pengunjung-pengunjung dan para pelancong pula ada disediakan aktiviti agihan belon, aktiviti photo booth untuk kanak-kanak dan pameran bas bergerak yang dianggarkan bakal menarik 400 orang untuk menaikinya.

English EN Malay MS
Skip to content