PENGAUDITAN PERSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM(EKSA) IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH DAN BALAI-BALAI DI NEGERI SABAH
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah telah menggorak langkah sekali lagi untuk menyahut arahan Ketua Pengarah BOMBA, YAS Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid ke arah menyedia persekitaran kerja serta persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Pengauditan EKSA yang dijalankan oleh MAMPU Sabah diketuai oleh Tuan Josliw bin Mat Jumping , Timbalan Pengarah MAMPU Sabah dan pasukan telah dilaksanakan bermula di Ibu Pejabat JBPM Sabah pada 13hb hingga 15 Januari 2020 dan sedang dilaksanakan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Negeri Sabah. Ketika ini BBP yang telah selesai di lawat dan di audit adalah BBP Kota Kinabalu, BBP Penampang, BBP Tuaran dan ABPM Sabah, Pejabat Zon Keningau, BBP Keningau, BBP Tenom, BBP Kimanis, BBP Sipitang,Pejabat Zon Beaufort, BBP Kuala Penyu dan BBP Tambunan. Pengauditan EKSA oleh MAMPU Sabah dijangka selesai pada pertengahan September 2020.
Ibu Pejabat JBPM Sabah, BBP Penampang, BBP Lintas, BBP Kota Kinabalu, BBP Tuaran dan ABPM Sabah telah berjaya lulus dan memperolehi Sijil Pengiktirafan EKSA. Syabas dan Tahniah! Pengurusan Tertinggi JBPM Sabah turut berharap agar semua BBP yang telah diaudit dan sedang menunggu keputusan juga akan memperolehi kejayaan.