#FightCOVID19 – OPS Nyah Cemar oleh Pasukan Unit HAZMAT & CBRNe JBPM Sabah
FightCOVID19 – OPS Nyah Cemar oleh Pasukan Unit HAZMAT & CBRNe JBPM Sabah bagi Barangan Bantuan Negara China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2 pada 29 Mac 2020
Pasukan HAZMAT Khas JPBM Sabah bersiap sedia melaksanakan proses Nyah Cemar di Lapangan Terbang Antarabangsa KKIA Terminal 2.
Pengarah Bahagian Operasi JBPM Sabah, PgKB I Tn Misran Bisara bersama Pegawai Teknikal Airasia sedang mengadakan penyelarasan akhir sebelum kerja-kerja Nyah Cemar.
Kerja-kerja Nyah Cemar dilaksanakan ke atas Barang Bantuan daripada Negara China
Kerja-Kerja Nyah Cemar perlu dilakukan dengan berhati-hati serta mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Seusai selesai kerja-kerja Nyah Cemar, semua petugas perlu melaksanakan melalui proses pembersihan menggunakan pencuci pembasmi kuman.
Pakaian Khas (PPE) yang digunakan oleh pasukan HAZMAT perlu dibersihkan dan dilaksanakan dengan berhati-hati.