Misi Visi JBPM Kuala Lumpur

Visi

“Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi.”

Misi

Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional
bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat.”

PIAGAM PELANGGAN

“Merancang dan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar serta meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dan kesedaran awam.”

Dengan itu kami berjanji akan:

  1. Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari masa terima panggilan di bilik kawalan.
  2. Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
  3. Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  4. Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan (CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh akhir pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diuji baik dan disempurnakan.
  5. Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  6. Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.
  7. Memproses permohonan  Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  8. Memproses permohonan pembaharuan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  9. Mengeluarkan Notis Penghapusan Bahaya Kebakaran dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh akhir pemeriksaan dibuat sekiranya terdapat bahaya kebakaran.
  10. Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.
  11. Menyiapkan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima.
English EN Malay MS
Skip to content