Pelan Strategi JBPM

PELAN STRATEGIK

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA

(2009 – 2020)

 PENGENALAN

JBPM selaku peneraju utama dalam aspek memadamkan kebakaran dan penyelamatan di negara ini, menyedari hakikat bahawa perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini memerlukan jabatan membuat persediaan yang rapi bagi memastikan jabatan berada di landasan yang betul dan sejajar dengan arus perdana.

 Pelan Strategik JBPM ini merupakan pelan jangka panjang yang merangkumi hala tuju, aspirasi, analisa persekitaran dalaman dan luaran, strategi-strategi utama dan pelan tindakan bagi memastikan JBPM berupaya menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan dan berada pada tahap siapsiaga dengan keupayaan yang tertinggi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan.

 Bertemakan “Ke Arah Penyampaian Perkhidmatan Kebombaan dan Menyelamat Yang Melebihi Ekspektasi Masyarakat”, pelan strategik ini diyakini akan menjadi pencetus kepada budaya korporat yang berdaya saing, progresif dan peka kepada kehendak masyarakat dan persekitaran.

 Pelan ini dirangka untuk tempoh sehingga tahun 2020 bagi menyahut cabaran yang bakal dihadapi oleh JBPM di dalam sebuah negara maju sesuai dengan wawasan negara.

 Pelan ini akan dikaji semula pada tahun kelima (2012) menggunakan kaedah-kaedah seperti balance score card dan Key Performance Indicator (KPI).

OBJEKTIF PELAN STRATEGIK JBPM

  • Memastikan JBPM sentiasa relevan sebagai organisasi yang memberikan perkhidmatan pemadaman kebakaran dan penyelamatan, khidmat nasihat pencegahan kebakaran, memberikan khidmat kemanusiaan dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang keselamatan kebakaran kepada seluruh warga negara.
  • Memastikan JBPM mempunyai hala tuju yang jelas dan terancang bagi memenuhi cabaran semasa dan akan datang.
  • Menjadi panduan kepada keseluruhan warga bomba untuk bersama-sama menghayati dan bersatu hati ke arah mencapai tujuan murni memantapkan perkhidmatan yang diberi kepada masyarakat dan mencapai potensi tertinggi.

gambar buku pelan strategik

English EN Malay MS
Skip to content