Detik bersejarah buat Balai Bomba dan Penyelamat Menjalara, Kuala Lumpur pada pagi ini apabila YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan bersama-sama YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen P117 Segambut telah hadir merasmikan pembukaan balai tersebut.
Majlis yang diadakan di perkarangan balai itu turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pengurusan Tertinggi KPKT dan JBPM serta tetamu-tetamu jemputan dan diraikan.