Wira Dart JBPM rangkul pingat Emas dan Gangsa di Birmingham

Atlet Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas menambah dua lagi koleksi pingat berprestij dalam kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2025, yang berlangsung di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

Dalam pertarungan sengit penuh debaran di gelanggang Birmingham-Jefferson Convention Complex (BJCC) semalam, pasangan Men Doubles (B Division) membuktikan keunggulan dengan lontaran tepat dan strategi mantap hingga berjaya merangkul pingat emas sekaligus menewaskan pesaing handal dari pelbagai negara.

Tidak kurang hebatnya, pasangan Men Doubles (A Division) turut mencipta sensasi apabila mara ke peringkat separuh akhir sebelum menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen JBPM yang sudah pastinya merupakan satu pencapaian cukup membanggakan di pentas dunia.

Senarai atlet JBPM yang mengukir kejayaan:

Men Doubles (B Division) – Pingat Emas

PBK II Mamat Kilau bin Mohd Ismail

PBK II Mohamad Haramaini bin Kamaludin

Men Doubles (A Division) – Pingat Gangsa

PBK II Junarizal bin Jusoh

PBK II Shaiful Anuar bin Wahab

Untuk rekod, sehingga kini, barisan atlet JBPM telah berjaya merangkul empat (4) pingat emas dan satu (1) pingat gangsa di kejohanan berprestij World Police and Fire Games (WPFG) 2025, yang berlangsung di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

ms_MYMalay