11.8.2024: Pada jam 9.49 pagi, JBPM Negeri Johor menerima panggilan untuk bantuan mencari dan menyelamat seorang wanita warga emas berusia 61 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) hilang sejak Rabu, 7 Ogos 2024 yang berlaku di Kampung Permatang Panjang, Jementah, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Segamat seramai 7 orang diketuai oleh PBK II Ibrahim bin Zakariah @ Zakaria selaku Komander Operasi telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera LFRT sebaik dihubungi.
Maklumat awal yang diperolehi, mangsa mengalami penyakit nyanyuk dan telah keluar dari rumah pada 7 Ogos 2024.
Ahli keluarga mangsa bersama penduduk kampung telah melakukan pencarian selama 4 hari di sekitar kawasan kampung dalam jarak lebih kurang 3km.
Pasukan Bomba dan agensi lain turut melakukan pencarian di permukaan sungai yang berada di belakang rumah mangsa sejauh 300m.
Mangsa akhirnya berjaya dijumpai oleh penduduk kampung pada jam 10.35 pagi dalam jarak 400 meter dari rumah mangsa di belakang rumah jiran dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pegawai perubatan KKM turut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Agensi lain yang turut membantu adalah pihak APM. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 12.18 tengah hari.