WANITA WARGA EMAS DISAHKAN MAUT MANAKALA SEORANG LAGI MANGSA ALAMI SESAK NAFAS

WANITA WARGA EMAS DISAHKAN MAUT, MANAKALA SEORANG LAGI MANGSA ALAMI SESAK NAFAS

15.3.2024: JBPM Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi tentang kebakaran rumah yang berlaku di Jalan USJ 4/4C USJ 4, Subang Jaya, Selangor.

Bertindak atas maklumat, pasukan Bomba daripada BBP Subang Jaya dan BBP Puchong telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera sejurus panggilan diterima.

Komander Operasi Kanan, TPgB II Syed Shahril Anuar bin Syed Sulaiman melaporkan, kebakaran melibatkan 2 buah rumah teres berkeluasan 25×60 kaki persegi setiap unit telah terbakar 60%.

Turut terlibat dalam kebakaran itu adalah sebuah kenderaan.

Dalam kejadian itu, terdapat 2 orang mangsa warga emas yang terlibat.

Salah seorang mangsa, wanita berusia 70an berjaya dibawa keluar oleh pasukan Bomba, namun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

Manakala seorang lagi mangsa iaitu lelaki berusia 70an dilaporkan mengalami sesak nafas.Pasukan Bomba yang hadir di lokasi turut bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.40 pagi.

Seterusnya kerja-kerja “overhaul” telah dijalankan sehingga selesai.

Balai Bomba dan Penyelamat Puchong

Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

English EN Malay MS
Skip to content