Sepang, 9.8.2023: YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyambut kepulangan kontinjen JBPM daripada temasya World Police and Fire Games 2023 Winnipeg, Canada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Seramai 38 orang atlet dan pegawai mewakili JBPM ke temasya tersebut dan telah berjaya mengharumkan nama jabatan dengan membawa pulang sebanyak 49 pingat iaitu 18 pingat emas, 19 pingat perak dan 12 pingat gangsa.
JBPM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua atlet yang telah bertungkus-lumus mengerah tenaga dalam usaha membawa pulang pingat kemenangan sekaligus mengharumkan nama negara dan jabatan di mata dunia.