22.11.2023: Pasukan Bomba daripada BBP Tanah Merah telah ditugaskan untuk menjalankan operasi penyelamatan apabila menerima panggilan kecemasan pada jam 8.03 malam tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan, Taman Barakah, Tanah Merah, Kelantan.
Menurut Komander Operasi, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135. Terdapat 3 orang mangsa yang terlibat.
Motosikal tersebut telah terbakar 80% dan seorang mangsa wanita lingkungan umur 40an dipercayai telah meninggal dunia akibat dari kemalangan tersebut.
2 lagi mangsa telah dihantar ke hospital oleh pihak KKM iaitu pemandu lori dan kelindan yang dipercayai warga asing.
#Kemalangan
#BombaTanahMerah
JBPM Negeri Kelantan