Kebakaran di selasih

SEORANG LELAKI TERPERANGKAP DI DALAM BILIK DISELAMATKAN PASUKAN BOMBA

8.3.2024: JBPM Putrajaya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.33 pagi tentang kebakaran rumah yang berlaku di Blok D, Bangunan PPAM Selasih, Presint 17, Putrajaya.

Pasukan Bomba daripada BBP Presint 7 dan BBP Presint 14 sejumlah 13 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan LFRT sejurus panggilan diterima.

Komander Operasi Kanan, PgB Mohd Afizi bin Zulkifli melaporkan, kebakaran berlaku di sebuah pangsapuri di kawasan ruang tamu dan terdapat seorang lelaki dewasa telah terperangkap di dalam sebuah bilik dalam rumah tersebut.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut.Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.53 pagi dan kerja-kerja overhaul dijalankan sehingga selesai

#BombaPresint7

BBP Putrajaya Presint 14

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya

English EN Malay MS
Skip to content