PUTRAJAYA, 13.9.2023: Mr. Kim Jae-Han, Pengerusi, Changyeong County Council, Korea Selatan bersama-sama beberapa pegawainya telah mengadakan Program Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya.
Delegasi tersebut telah disambut oleh YS PKPjB Kamarulzaman Malik bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, YS PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan, YS PKPjB Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat, JBPM.
Dalam lawatan kerja tersebut, turut diadakan sesi perbincangan tentang hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak serta lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, JBPM Putrajaya.