19 Ogos 2023 (Sabtu) – JBPM Kuala Lumpur telah menyertai Program Kasih Kita KPKT Bersama Gelandangan Siri 1 Tahun 2023 bertempat di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur.
Program jiwa murni julung kali tahun ini telah diketuai TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah dan Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur juga telah turut menyantuni insan-insan yang kurang bernasib baik di jalanan sekitar kotaraya Kuala Lumpur.
Program kolaboratif yang ditunjangi oleh KESKEP ini melibatkan pelbagai agensi seperti JBPM, PRIMA, DBKL, Jawatankuasa Surau KPKT dan lain-lain yang telah terlibat. JBPM Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada para gelandangan serta nasihat berkaitan keselamatan kebakaran dan penyelamatan.
Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.