13.12.2023: JBPM Negeri Selangor dikejutkan dengan panggilan kemalangan jalan raya pada jam 9.58 malam yang berlaku di KM 457.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Sungai Buloh, Selangor.
Bertindak atas maklumat pemanggil, pasukan Bomba daripada BBP Sungai Buloh telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Menurut Komander Operasi, PBK II Shahrul Azlan bin E Rahim, kemalangan itu melibatkan 6 buah kenderaan iaitu lori treler yang membawa muatan batu, lori kontena, kereta Perodua Axia, kereta Honda HRV, kereta Honda City dan kererta Nissan Almera.
Pemandu lori treler, lelaki berusia lingkungan 30an didapati telah tersepit di ruangan pemandu. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba, namun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh petugas KKM akibat kecederaan parah. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Terdapat seorang lagi mangsa berusia 20an mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan daripada petugas KKM.
Manakala mangsa yang terselamat telah tiada di lokasi kejadian ketika pihak Bomba tiba.