GOPENG, 16.6.2023: JBPM Negeri Perak terima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 7.42 pagi yang berlaku di KM 305.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Utara, Perak.
Anggota Bomba daripada BBP Gopeng telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.
Ketua Operasi, PBK II TBK Mohd Nazir bin Hj Mohd Alip melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan 2 buah lori yang berlanggar iaitu lori treler dan lori muatan 3 tan.
Pemandu lori muatan 3 tan, lelaki dewasa mengalami kecederaan akibat tersepit di ruang tempat duduk pemandu. Manakala pemandu lori treler terselamat.
Anggota Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan ‘rescue tool’ sebelum menyerahkannya kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.32 pagi.