15.1.2024: Pada jam 7.48 petang, JBPM Negeri Kelantan dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada pegawai PDRM yang menyatakan tentang kejadian orang terjun sungai yang berlaku di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan dan dikhuatiri hilang.
Bertindak atas maklumat yang diperolehi, Pasukan Bomba daripada BBP Tunjung telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan.
Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) seramai 7 orang daripada BBP Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Menurut PBK II Suhardi bin Zakaria, Unit Pengesan (K9) turut dihubungi bagi membantu operasi SAR tersebut.
Sebanyak 3 buah bot penyelamat daripada Bomba telah digunakan untuk operasi SAR itu.
Mangsa dikenalpasti adalah seorang lelaki berusia 43 tahun.
Operasi SAR bersambung pada pagi 16 Januari 2024.
Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa