Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah diadakan Majlis Sambutan Ketibaan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. Majlis telah dimulakan dengan ketibaan YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor seterusnya menerima tabik hormat serta pemeriksaan Perbarisan Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi mengetik kad perakam waktu dan menandatangani buku pelawat sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Pengarah JBPM Negeri Johor. Beliau turut berpeluang mendengar taklimat pengoperasian JBPM Negeri Johor oleh PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor. Beliau turut menyampaikan amanat buat semua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai JBPM Negeri Johor.
Semoga beliau diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam mentadbir JBPM Negeri Johor ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.