27 Julai 2023 Khamis Jam 1700 petang – Majlis Perbarisan Penghargaan YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur bersempena hari terakhir dan persaraan YS PKPjB Ts. Hj. Hamdan bin Hj. Ali Pengarah JBPM Kuala Lumpur di dalam perkhidmatan. Turut mengiringi YS Pengarah, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JBPM bersama tetamu jemputan VIP serta pegawai kanan jabatan.
