JOHOR BAHRU, 15 Ogos 2023: Bertempat di Persada Convention Centre Johor Bahru telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2023 JDT yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Turut hadir majlis tersebut YAS Dato’ Sri Abdul Wahab Hj Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Pengarah-pengarah bahagian JBPM, Pengarah-pengarah Bomba negeri, Komandan-komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Komander-komander Pangkalan Udara serta atlit-atlit dari 16 kontinjen JBPM Negeri.
Dalam majlis tersebut, Dif-dif kehormat telah diarak masuk oleh anak-anak dari kumpulan Anak Ta’zim Johor Bahru serta kumpulan Barongan dari Parit Raja, Batu Pahat.
Turut diadakan persembahan kebudayaan dari Anak Ta’zim Johor Bahru, Kugiran Wak Jeng, Syafiq Farhain, Kombo JDT serta Ramnah Ramli dari Pulau Pinang yang merupakan Bintang RTM ’85.
Selama 5 hari perjuangan JBPM negeri-negeri, maka malam ini telah ternoktah dengan JBPM Negeri Johor dan JBPM Negeri Terengganu telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Bersama bagi SUKBOM 2023 JDT.
Keputusan Piala Pusingan adalah seperti berikut:-
1. Acara Busker: JBPM Negeri Johor
2. Acara Bola Jaring: JBPM Negeri Johor
3. Acara Sepak Takraw: JBPM Negeroi Terengganu
4. Acara Futsal: JBPM Negeri Terengganu
5. Acara Bola Tampar: Ibu Pejabat JBPM
6. Acara Golf: JBPM Negeri Sembilan
Tahniah buat semua kontinjen JBPM Negeri atas komitmen dan sokongan terhadap SUKBOM 2023 JDT.
JBPM Negeri Pahang telah terpilih sebagai penganjur Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2024.