SERI JEMPOL, 13.6.2023: JBPM Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan tentang kehilangan seorang lelaki pada jam 2.34 petang di Sungai C 3 Ladang Gaddes, Seri Jempol, Negeri Sembilan.
Sejumlah 12 orang anggota Bomba daripada BBP Seri Jempol dan BBP Simpang Pertang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bersama jentera.
Menurut Komander Operasi, PBK I Edsamara bin Omar, kejadian tersebut melibatkan seorang lelaki dewasa yang telah keluar memancing di sungai pada 12 Jun 2023, jam 1.30 pagi. Namun, mangsa tidak kembali ke rumah sehingga ke hari ini.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh pasukan Bomba di sekitar kawasan sungai.Mangsa akhirnya ditemui oleh orang awam pada jam 6.25 petang dalam keadaan selamat.
Agensi lain yang turut terlibat adalah pihak PDRM, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ladang Gaddes serta penduduk kampung. Setelah memastikan keadaan benar selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.55 petang.