Oleh Fahmy A Rosli – Disember 19, 2022 @ 10:53am
fahmy.azril@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda lima negeri membabitkan lebih 25,000 mangsa berpindah dengan Terengganu paling tinggi, iaitu 13,045 mangsa.
Mangsa banjir seluruh negara ditempatkan di 287 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pagi ini.
Paling banyak PPS dibuka di Terengganu, iaitu sebanyak 190 buah, Kelantan (91), Johor (3), Perak (2) dan Pahang (1).
Ini berdasarkan maklumat yang dikemas kini di laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat jam 10.40 pagi tadi.
Seramai 25,215 mangsa itu membabitkan 7,378 keluarga di PPS berkenaan.
Terengganu paling tinggi apabila merekodkan seramai 13,045 mangsa, disusuli Kelantan (12,006), Johor (75), Perak (49) dan Pahang (40).
Kredit sumber : BH Online