22.4.2025: YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berkunjung ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pagi ini.
Di awal ketibaan, beliau telah di sambut oleh YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JBPM sebelum menerima tabik hormat daripada kawalan suku yang terdiri daripada pegawai bomba.
Beliau juga hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK), KPKT Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Tanjung, Ibu Pejabat JBPM.
Pertunjukan kebombaan oleh Unit Pengesan (K9) JBPM, pameran aset kebombaan, pameran binatang berbisa dan pameran Unit K9 turut diadakan.
YBhg. Datuk serta semua tetamu turut di bawa ke Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) bagi melihat sendiri pengurusan pengoperasian yang berjalan.




















