16.1.2024: Pada petang ini, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupkan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia yang hadir bersama-sama pegawai-pegawainya di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya.
Dalam kunjungan itu, turut diadakan sesi perbincangan dua hala yang berkisar tentang jalinan kerjasama untuk jangka panjang dan perkongsian maklumat antara kedua-dua belah pihak.
Hadir sama dalam sesi kunjungan itu adalah, YS TPjB Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM dan PgKB I Abdul Manaf bin Che Isa, pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM serta Encik Mohd Taufik bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Konservasi Hidupan Liar, Jabatan PERHILITAN, Encik Wan Mohd Adib bin Wan Yusoh, Pengarah PERHILITAN Negeri Selangor dan Puan Hellen Menging anak Bennet Buan, Penolong Pengarah Bahagian Konservasi Hidupan Liat, Jabatan PERHILITAN.