27.12.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada jam 1:42 petang yang berlaku berhampiran Talula Hill, Jalan Padang Tembak, Kluang.
Pasukan Bomba daripada BBP Kluang telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sejurus panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK IIMohd Ridzuan bin Mohamad Zait melaporkan,kemalangan itu berlaku melibatkan 2 buah kenderaan berat iaitu lori Isuzu 5 tan dan lori Isuzu 1 tan.
Kedua-dua pemandu lori berkenaan dilaporkan telah tersepit. Anggota Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
Namun, pemandu lori 5 tan, lelaki berusia 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM setelah pihak Bomba berjaya mengeluarkannya. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Manakala, seorang lagi pemandu, lelaki berusia 55 tahun mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pegawai perubatan KKM untuk menerima rawatan selanjutnya.