YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi bagi mengetuai sambutan ketibaan atlet sukan bina badan dan badminton JBPM dari kejohanan World Police and Fire Games 2025 Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
Pada persaingan kali ini, atlet bina badan dan push pull & bench press JBPM telah beraksi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu pingat perak.
Kutipan pingat ini telah menjadikan jumlah keseluruhan pingat yang berjaya dimenangi atlet JBPM di kejohanan bertaraf antarabangsa ini sebanyak 19 pingat emas, 17 pingat perak dan 10 pingat gangsa.
Tahniah diucapkan kepada barisan atlet yang telah menyumbang pingat untuk jabatan dan negara. Anda WIRA MERAH kami!















