28.8.2025: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada hari ini telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh memorandum persefahaman (MoU) selama 3 tahun.
Majlis menandatangani MoU tersebut telah diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya di antara YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM dan YBrs. Tuan Haji Wan Mohd Marzuki bin Wan Ismail, Pengurus Besar Kanan Pelaksanaan Projek Pesisiran PETRONAS sambil disaksikan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM dan YBrs. Encik Mohd Asyraf bin Abdul Wahab, Pengurus Besar Kecemerlangan Pelaksanaan Projek PETRONAS.
Melalui MoU ini, JBPM dan PETRONAS akan bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kedua-dua pihak dalam industri minyak, gas dan petrokimia termasuk aspek berkaitan penilaian risiko, perkongsian dan pertukaran amalan terbaik (lesson learn) serta pembangunan garis panduan dan modul latihan yang komprehensif.

