KOTA TINGGI : Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada jam 4:03 petang yang berlaku berhampiran Petronas Bukit Waha, Jalan Waha, Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor.
Satu (1) jentera FRT daripada BBP Kota Tinggi dengan kekuatan anggota seramai lapan orang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK II Mohd Syukri bin Mohd Yusof melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dan sebuah kereta jenis Proton Wira.
Terdapat 3 orang mangsa berada didalam Proton Exora dan mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa telah keluar sendiri sebelum pihak Bomba tiba di lokasi. Manakala, 2 orang mangsa yang berada di dalam kereta Proton Wira yang merupakan warga emas didapati mengalami kecederaan dan tersepit.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan ‘rescue tools’ dan memberi rawatan awal sebelum menyerahkanmangsa kepada pihak ambulan KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 5:25 petang.