China Fire 2025

YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad telah dijemput sebagai tetamu kehormat Majlis Pembukaan China Fire Exibition and Conference yang berlangsung dengan penuh hormat.

China Fire 2025 merupakan pameran dan persidangan antarabangsa terbesar dalam bidang perlindungan kebakaran yang berlangsung bermula 13 hingga 16 Oktober 2025 di China International Exhibition Center, Beijing.

Acara ini menghimpunkan lebih 1,000 pempamer dari lebih 40 negara dan dijangka menarik lebih 140,000 pengunjung.

China Fire 2025 menampilkan pelbagai teknologi terkini termasuk sistem pengesanan dan pemadaman kebakaran automatik, kenderaan bomba moden, peralatan perlindungan diri (PPE), serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) dalam keselamatan kebakaran.

Selain pameran produk, China Fire 2025 turut menganjurkan forum teknikal, demonstrasi langsung dan sesi perkongsian pengetahuan antara pakar industri.

Secara keseluruhannya, China Fire 2025 menjadi simbol kemajuan teknologi keselamatan kebakaran global dan komitmen bersama dalam melindungi nyawa serta harta benda.

ms_MYMalay