Oleh Ruwaida Md Zain – Oktober 26, 2022 @ 12:46pm
bhnews@bh.com.my
SHAH ALAM: Aktiviti memancing bapa bersama dua anak lelakinya bertukar tragedi apabila seorang anak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Gong, Rawang malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.28 malam dan segera ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, bomba mendapati dua mangsa sudah diselamatkan oleh pemancing lain yang berada di situ.
“Siasatan mendapati, kejadian membabitkan tiga ahli keluarga hanyut ketika cuba menyeberangi sungai selepas aktiviti memancing.
“Dua mangsa dapat diselamatkan pemancing lain yang kebetulan berada di lokasi, manakala remaja lelaki berumur 16 tahun hilang dibawa arus deras,” katanya ketika dihubungi.
“Mangsa yang diselamatkan adalah Che Azmi Che Hussin, 45, dan Mohammad Faiz Iqbar Che Azmi, 15.
“Mangsa hilang adalah Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16, iaitu anak tiri kepada Che Azmi,” katanya.
Operasi pencarian diteruskan pada pagi ini.
Kredit Sumber : BH Online