AMANAT KETUA PENGARAH JBPM SEMPENA MESYUARAT KOMANDAN DAN PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN JBPM BIL. 1 2024

AMANAT KETUA PENGARAH JBPM SEMPENA MESYUARAT KOMANDAN DAN PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN JBPM BIL. 1/2024

21.2.2024: Pada pagi ini YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah meluangkan masa untuk menyampaikan amanat sempena Mesyuarat Komandan dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan Bil. 1/2024 JBPM.

Antara amanat yang disampaikan oleh YAS Dato’ adalah berkaitan halatuju dan fungsi jabatan dan Bahagian Latihan dalam mengharungi cabaran masa hadapan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada “stakeholder” dan negara.

Disamping itu juga, YAS Dato’ turut berkesempatan melakukan penyerahan dokumen Anti-Bribery Management System (ABMS ISO 37001:2016) kepada Komandan ABPM Wilayah Timur sebagai simbolik ABPM komited melaksanakan ABMS dalam memerangi gejala rasuah. Ini sejajar dengan Arahan Perdana Menteri Bil. 01/2023 dalam pelaksanaan tatakelola yang baik dalam pengurusan dan pentadbiran.

Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Latihan JBPM, YS PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis, turut dihadiri oleh semua Komandan di 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) dan semua Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri seluruh Malaysia serta pegawai di Bahagian Latihan JBPM.

#AmanatKetuaPengarah

#MesyuaratKomPPL

#ABPM

#BombaMalaysia

English EN Malay MS
Skip to content