61626969820 bomba

Kilang penyimpanan minyak kelapa sawit musnah dalam kebakaran

NIBONG TEBAL: Sebuah kilang penyimpanan minyak sawit di Sungai Jawi di sini musnah dalam kebakaran tengah malam Rabu dan memerlukan pasukan bomba menjalankan proses ‘overhaul’ sehingga pagi esok bagi memastikan tiada kebakaran lain berlaku di situ.

Ketua Balai Bomba Nibong Tebal Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah malam membabitkan kebakaran kilang itu yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 4,150 meter persegi.

“Sebaik pasukan bomba tiba di kilang tersebut, kami mendapati api sedang marak membabitkan sebuah kilang tempat penyimpanan bahan mentah minyak kelapa sawit dan api berjaya dipadamkan kira-kira lima jam kemudian.

“Kebakaran itu telah menyebabkan kemusnahan hampir keseluruhan kilang itu dan pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak di kawasan tersebut namun kerja-kerja bagi mengawal kebakaran daripada merebak (overhaul) masih dijalankan dan ia dijangka diteruskan sehingga awal pagi Jumaat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata kebakaran itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan sehingga kini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Noor Asfariza berkata keadaan terkawal ketika ini dan sebanyak lapan jentera bomba berada di lokasi kejadian bagi membuat kerja-kerja overhaul memandangkan kawasan kebakaran membabitkan kilang penyimpanan minyak sawit maka terdapat sekam (hampas kelapa) dan bomba perlu memastikan tiada bara api pada sekam berkenaan yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku semula.
Katanya, keluasan kawasan kebakaran itu juga amat besar dan ia diburukkan dengan angin kuat di lokasi kejadian yang dibimbangi boleh menyebabkan berlaku kebakaran lain jika tidak dikawal dengan rapi.

“Pasukan bomba juga memerlukan tempoh masa yang lama untuk proses overhaul disebabkan faktor tekanan air yang rendah di kawasan itu dan angin kuat sejak tengah malam semalam hingga sekarang,” katanya.

Puluhan jentera bomba berada di kilang itu bagi menjalankan operasi memadam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan premis berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Ratusan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal, BBP Sungai Bakap, Perai dan Bayan Baru serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran itu.
Sebelum itu, penduduk berdekatan kilang berkenaan gempar selepas melihat api marak sehingga menjulang ke udara malah kepulan asap boleh dilihat dari Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang bersebelahan dengan lokasi kejadian.
kredit – bernama

toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris toto togel toto togel slot88 toto slot toto macau situs toto vartoto slot toto slot gacor slot gacor keluaran macau
Skip to content