KUALA LUMPUR: Sebuah stor logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dekat Jalan Ipoh, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kebakaran itu turut mengakibatkan dua motosikal dan sebuah bot fiber musnah.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.57 malam.
Susulan itu, katanya, seramai 15 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta BBP Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.14 tengah malam dan dipadam sepenuhnya dalam 20 minit kemudian.
“Kejadian tidak membabitkan kemalangan nyawa manakala kemusnahan kebakaran dianggarkan pada tahap 70 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Kredit sumber : Bharian Online 11 Jun