Sijil Perakuan Bahan

Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang dipasang atau dibina di mana-mana premis hendaklah mempunyai Sijil Perakuan Bahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sebanyak 28 item yang terlibat iaitu:-

1.Pintu Rintangan Api / Fire Door
2.Sesekat Api / Fire Damper
3.Gelendung Api / Fire Roller Shutter
4.Batu-bata / Bricks
5.Bahan-bahan Kelas ‘O’ / Class ‘O’
6.Pengadang Api / Firestop
7.Dinding Drywall / Drywall Construction
8.Blok Konkrit Rongga / Hollow Concrete Block
9.Pintu Pelantar Tahan Api / Fire Rated Lift Landing Door
10.Saluran Tahan Api / Fire Rated Duct
11.Tirai Asap / Smoke Curtain
12.Lampu Tanda Keluar / KELUAR Sign
13.Lampu Kecemasan / Emergency Light
14.Alat Pengesan Asap / Smoke Detector
15.Alat Pengesan haba / Heat Detector
16.Penggera Kebakaran Manual / Manual Fire Alarm
17.Loceng Penggera / Alarm Bell
18.Kabel Rintangan Api / Fire Resistant Cable
19.Salur Bantu Mula / Fire Hose Reel
20.Kepala Springkler / Springkler Head
21.Sistem Pengeluaran Asap / Smoke Extraction System
22.Panel Penggera Kebakaran / Fire Alarm Panel
23.Fire Suppression System / Halon Alternatif
24.Alat Pemadam Api / Fire Extinguisher
25.Sistem Dinding / Wall System
26.Sistem Lantai / Floor system
27.External Cladding System
28.Pam Kelengkapan menentang Kebakaran/Fire Fighting Pumpset

Pemohon yang ingin mendapatkan Sijil Perakuan Bahan (Baru) hendaklah mengemukakan perkara-perkara asas seperti berikut;

i.Surat permohonan rasmi syarikat.

ii.Borang permohonan (Borang BKK-PKK 1)

iii.Salinan surat lantikan pengedar (jika bukan pengeluar) – Salinan surat lantikan samada dalam atau luar negara hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) dihadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oath ) tempatan.

iv. Salinan laporan ujian terbaru – Mana-mana salinan laporan ujian samada dalam atau luar negara hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) dihadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oath) tempatan.

v. Salinan sijil barangan SIRIM/Badan Persijilan Luar Negara (semak kesahan sijil) bagi produk kawalan. Salinan sijil luar negara hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) dihadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oath) tempatan.

vi. Profil syarikat (Carta organisasi, work flow, SSM dan Maklumat Syarikat).

vii.Brochure dan dokumen sokongan.

viii.Mini sample bahan / sistem (bersama label syarikat, nama bahan)

Bagi permohonan suppression system (halon alternative), pemohon hendaklah melengkap dokumen tambahan seperti berikut :

viii.Borang Khas (Halon Alternative)

ix.Laporan Ujian Toxicity – Salinan laporan hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) dihadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oath) tempatan.

**Semasa pemohon mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Sijil Perakuan Bahan baru atau kali yang pertama, pemohon perlulah memulakan usaha untuk mendapatkan Sijil Kawalan Barangan SIRIM bagi kegunaan pengeluaran Sijil Perakuan Bahan (pembaharuan). Ini adalah kerana pengeluaran Sijil Kawalan Barangan SIRIM dikira semasa prose permohonan yang pertama. Senarai pepasangan Keselamatan kebakaran yang memerlukan Sijil Kawalan Barangan SIRIM adalah seperti berikut:-

i.Lampu Tanda KELUAR (KELUAR Sign)

ii.Lampu Kecemasan (Emergency Light)

iii.Pintu Rintangan Api (Fire Door)

iv.Gelendung Api (Fire Roller Shutter)

v.Batu-Bata (Bricks) – Clay, Cement Brick/Block

vi.Bahan-bahan Kelas ‘O’ (Class ‘O’) – Ceiling, Insulation Material

vii.Block Konkrit Rongga (Hollow Concrete Block)

viii.Panel Penggera Kebakaran (Fire Alarm Panel)

ix.Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)

x.Kabel (Fire Resistance cable)

xi.Fire Rated Lift Landing Door

Pemohon yang ingin mendapatkan Sijil Perakuan Bahan (Pembaharuan) hendaklah mengemukakan perkara-perkara asas seperti berikut;

i.Surat permohonan rasmi (pembaharuan)

ii.Salinan Sijil Perakuan Bahan yang lepas (telah tamat tempoh).

iii.Salinan Laporan Ujian terbaru dari SIRIM atau mana-mana makmal yang diiktiraf jika berkaitan. Tempoh sah laporan ujian pada sijil perakuan bahan (tidak melebihi 5 tahun).

iv.Sijil Kawalan Barangan daripada SIRIM atau mana-mana makmal yang akreditasi (jika berkaitan).

v.Senarai Lengkap projek sepanjang tempoh ‘validity’ kelulusan tersebut.

vi.Mengadakan kemudahan pemeriksaan bagi penilaian semula Pepasangan Keselamatan Kebakaran sekiranya diperlukan.

vii.Jika semua perkara di atas tidak dipatuhi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhak menarik balik surat perakuan ini sebelum tamat tempohnya.

Perakuan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1.Sijil Perakuan Bahan tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Jabatan ini.

2.Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang dikeluarkan hendaklah menepati spesifikasi sample dan seperti di dalam laporan ujian.

3.Sebarang perubahan/tambahan daripada spesifikasi komponen yang asal hanya boleh dilakukan dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4.Dalam hal-hal tertentu pengeluaran dan mutu Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh SIRIM atau Skim Kawalan Mutu yang diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

5.Apabila terdapat pindaan atau pembaharuan pada syarat/piawai, pengeluar/pengedar akan diberi tempoh masa yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia untuk meminda atau mengubah spesifikasi asal Pepasangan Keselamatan Kebakaran mengikut syarat-syarat piawaian yang baru tersebut.

6.Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran perlu mempunyai nama pengeluar, nombor siri, tarikh dikeluarkan dan tanda ‘SIRIM’ atau lain-lain tanda skim diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia (jika berkaitan).

7.Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia adalah berhak untuk memilih mana-mana sample Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang telah dikeluarkan ATAU dipasang untuk dikaji dan jika perlu diuji semula. Sebarang kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh pengeluar.

8.Pengeluar/Pengedar hendaklah mengemukakan salinan sah surat perakuan ini bagi penggunaan pengedaran Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang berkenaan kepada Jabatan ini.

9.Pengeluar/pengedar Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah mengemukakan surat pengesahan Lampiran C1/C2* ke Jabatan ini (kepada Pengarah Negeri dan salinan ke Ibu Pejabat JBPM) bahawa ia telah melaksanakan pengawasan/pemasangan/perbekalan* seperti piawaian yang disahkan oleh SIRIM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

10.Arkitek atau Jurutera Perunding Bertauliah hendaklah memastikan dan mengawasi semua kerja-kerja pemasangan yang dilakukan oleh kontraktor/pemasangan dan mengesahkannya dengan menghantar surat pengesahan Lampiran C3 ke Jabatan ini (Bahagian Keselamatan Kebakaran) sebelum atau semasa pemeriksaan bangunan.

11.Pemasangan Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah disahkan oleh pengeluar atau Jurutera Bertauliah/Arkitek bahawa telah mematuhi spesifikasi pengeluar atau kod-kod yang diiktiraf.

12.Jika terdapat apa-apa kejadian atau laporan munasabah yang menunjukkan kegagalan prestasi kepada Pepasangan Keselamatan Kebakaran atau tidak mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Uniform Building By-Law (UBBL 1984) serta Arahan Jabatan hendaklah segera dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Jabatan berhak menarik balik Sijil Perakuan Bahan dengan notis atau tanpa notis.

13.Pegawai Bomba juga boleh membuat pemeriksaan mengejut (random inspection/checking) ke atas kilang pembuat atau pepasangan untuk menentukan tiada penyelewengan dari segi mutu dan spesifikasi Pepasangan Keselamatan Kebakaran.

14.Sijil Perakuan Bahan, keseluruhan ATAU sebahagian daripadanya adalah tidak boleh diterbitkan ATAU digunakan untuk apa-apa tujuan promosi ATAU pengiklanan sama ada pada media cetak ATAU pada mana-mana tempat dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

1.Produk yang dibekal dan dipasang hendaklah dari pengeluar asal seperti Sijil Perakuan Bahan.

2.Pengedar bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan keselamatan penghuni tidak terjejas sekiranya sistem yang dipasang mengalami ‘accidental discharge’. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:

2.1.Sistem yang dipasang hendaklah mempunyai mekanisma pengesanan dan amaran awal yang disambungkan terus ke panel kawalan utama (Main Control Panel).

2.2.Sistem tambahan perlu disediakan termasuk ‘pre-discharge alarm’ dan ‘time delay’, ‘double-knock mechanism’ dan ‘manual abort system’.

2.3.Tanda-tanda amaran bagi tujuan keselamatan penghuni hendaklah diadakan dan ditempatkan di kawasan yang senang dilihat.

2.4.Pemasangan sistem terdiri daripada silinder, injap (valve), nozzle, dan ‘fittings’ hendaklah dari pengeluar asal sistem sepertimana dinyatakan dalam laporan ujian dan UL Listing.

3.Semua rekabentuk, pengiraan dan lukisan kejuruteraan/skematik hendaklah ditandatangani oleh Jurutera Bertauliah (Professional Engineer) yang dilantik oleh Pengedar/Pengeluar dan seterusnya dihantar ke Bahagian Pencegahan & Keselamatan Kebakaran, JBPM untuk tujuan pengesahan.

4.Kontraktor yang bertauliah hendaklah dilantik oleh pengeluar setelah menjalani latihan kemahiran berkaitan dengan sistem terlibat.

5.Setiap pemasangan dan penyelenggaraan hendaklah diawasi oleh Pengedar/Pembekal secara berterusan.

6.Pengesahan pemasangan hendaklah dibuat oleh Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh Pengeluar/Pengedar.

Perhatian:Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas akan mengakibatkan Sijil Perakuan tuan digantung atau ditarik balik.

Di antara makmal pengujian yang di iktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi pengujian pepasangan keselamatan kebakaran adalah seperti jadual di bawah:-

makmal pengujian 14Mar2013 125555

Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah mematuhi edisi semasa piawaian-piawaian berikut :-

BilPepasangan Keselamatan KebakaranPiawaian
1Pili Bomba (fire hydrants)PB 750:1977 danTAPB 402.101: 1052
2Gelung Hos Hidraulik (Hydraulic Hose Reels)PB 5306 Bahagian 1:1976
3Pemadam Api Mudalih(Portable Extinguisher) TAPB 402 Bahagian 3:1964
4Sesalur Pancur Kering Basah (Dry/Wet Raising Main) PB 3980 :1966, PB 5306 Bahagian 1:1976PB 750:1964
5Alir Masuk Busa (Foam Inlets)PB 3980:1966
6 Semburan Automatik (Automatics Sprinklers) Kaedah JPB Edisi 29: 1973
7Sistem Penggera Kebakaran (Fire Alarms Systems) Kaedah JPB: 1973, TAPB 1019:1972, PB 3116 Bahagian 1:1970, PB 3116 Bahagian 4:1974, PB 5446 Bahagian 1:1977
8Sesekat Api (Fire Dampers)PA 1682: 1974
9Lif Bomba (Fire Lifts) PB 2655: Bahagian 1: Lampiran E
10Kawalan Asap (Smoke Control) PA 1668: Bahagian 1: 1974

JBPM telah mengemaskini piawaian-piawaian di atas dengan mengklasifikasikan kepada dua kategori piawaian mengikut edisi semasa iaitu:

i. Piawaian yang dirujuk bagi pengeluaran Sjil Perakuan Bahan

ii. Piawaian yang dirujuk bukan untuk pengeluaran Sijil Perakuan Bahan

English EN Malay MS
Skip to content