Perakuan Bomba

PERAKUAN BOMBA

Perakuan bomba adalah suatu sijil yang dikeluarkan kepada premis yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan. Semua premis ditetapkan perlu mempunyai sijil perakuan bomba yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kategori premis ditetapkan adalah seperti jadual berikut:- 

JADUAL PREMIS DITETAPKAN. 
BilPenggunaan PremisSaizTempat
1PerpustakaanLebih daripada 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)Seluruh Malaysia
2Hospital dan Rumah Rawatan(i) 3 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi
(ii) 5 tingkat dan lebih
Seluruh Malaysia
3Hotel

(i) Reka bentuk laluan langkan terbuka

(a) 4 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 50 bilik
(b) 6 tingkat dan lebih

(ii) Rekabentuk lain

21 bilik dan lebih

Seluruh Malaysia
4Asrama dan Dormitori

(i) 4 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi

(ii) 6 tingkat dan lebih

Seluruh Malaysia
5PejabatKetinggian melebihi 30 meter atau 10,000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)Seluruh Malaysia
6Kedai2001 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)Seluruh Malaysia
7Kilang

(i) Satu tingkat 2001 meter persegi dan lebih yang terpasang sistem semburan automatik
(ii) 2 tingkat di mana setiap lantai dibina sebagai ruang berasingan, pembinaan tunggal atau teres melebihi 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)
(iii) 3 tingkat dan lebih
(iv) Kilang Bertingkat Pembangunan Blok Pendekatan Langkan Terbuka 2 tingkat dan lebih di mana setiap ruang melebihi 7000 meter padu
(v) Struktur Khas –

(a) Kompleks kilang seperti kompleks kisar minyak sawit, kilang penapis minyak, kerja simen, dll (b) Proses berbahaya

Seluruh Malaysia
8Tempat Perhimpunan(i) Bangunan tanpa sistem penyaman udara pusat 2000 meter persegi dan lebih
(ii) Bangunan dengan sistem penyaman udara pusat melebihi 1000 meter persegi atau dengan muatan 1000 orang dan lebih
Seluruh Malaysia
9Storan dan Am(i) Struktur tempat letak kereta bawah tanah melebihi 1000 meter persegi
(ii) Lebih daripada 7000 meter padu
(iii) 2 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)
Seluruh Malaysia

Bagi premis baru hendaklah membuat permohonan sebaik sahaja memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness – CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (Temporary Certificate of Fitness – TCF) atau Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat JBPM Negeri atau Pejabat Zon Bomba di mana tempat terletak premis ditetapkan tersebut yang merupakan pejabat memproses apa-apa permohonan Perakuan Bomba.

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan Borang I dan menyediakan maklumat-maklumat berikut:-

i.Salinan CCC atau CFO
ii.Pelan Bangunan (yang telah diperakukan oleh JBPM semasa pengeluaran CCC/CFO)
iii.Surat pemilikan premis terkini
iv.Hak milik tanah
v.Salinan cukai pintu
vi.Lesen perniagaan

Suatu tarikh akan ditentukan oleh JBPM kepada pemohon bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis ditetapkan. Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan, sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembayaran fi dibuat. Tempoh berkuat kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan adalah selama dua belas (12) bulan.

Semua premis ditetapkan hendaklah disambungkan secara elektrik atau melalui telefon ke Balai Bomba yang paling hampir dengan memirau papan suis untuk mengadakan penyampaian penggeraan dengan serta merta dan secara automatik dalam hal kecemasan.

Suatu Perakuan Bomba berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap tahun.

Permohonan bagi pembaharuan Perakuan Bomba hendaklah menggunakan Borang III dan dibuat tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuan bomba itu. Fi bagi perakuan bomba pembaharuan adalah separuh daripada fi perakuan bomba yang pertama.

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba yang dikemukakan kurang daripada 30 hari daripada tarikh tamat tempoh boleh dikenakan penalti lewat sebanyak RM 100. Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba yang dikemukakan selepas tarikh tamat tempoh perlu mengemukakan permohonan perakuan bomba iaitu dengan menggunakan Borang I dan pembayaran penuh sebagai permohonan yang pertama akan dikenakan.

Sekiranya mana-mana premis ditetapkan yang telah mempunyai Perakuan Bomba yang masih berkuatkuasa tidak boleh membuat apa-apa pengubahsuaian (perubahan keadaan) yang menyebabkan kelengkapan keselamatan kebakaran menjadi tidak mencukupi. Pemohon hendaklah mengemukakan pelan cadangan kepada jabatan ini sebelum melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan. Pihak jabatan akan menyemak pelan yang dikemukakan dan menurunkan perakuan ke atas pelan cadangan. Seterusnya suatu pemeriksaan akan di aturkan sebelum pengeluaran sijil perakuan bomba. Sijil perakuan bomba baru akan dikeluarkan jika membuat pembayaran fi manakala perakuan bomba pindaan dikeluarkan jika tidak membuat pembayaran fi.

Mana-mana pemohon boleh membuat rayuan kepada Menteri setelah pemberitahuan keengganan atau keputusan tersebut:-

i.Ketua Pengarah enggan mengeluarkan perakuan bomba;
ii.Syarat-syarat yang dikenakan atas perakuan dikeluarkan tidak boleh dipatuhi; atau
iii.Dengan apa-apa keputusan oleh Ketua Pengarah dengan meminda perakuan bomba atau perakuan bomba yang baru.

i.Membuat perubahan keadaan pada premis ditetapkan yang perakuan bomba sedang berkuatkuasa tanpa notis.

ii.Tidak mematuhi arahan supaya mengambil langkah-langkah menjadikan pepasanagn keselamatan kebakaran mencukupi.

iii.Tidak mempunyai perakuan bomba.

iv.Membuat atau memalsukan atau memiliki suatu perakuan bomba.

v.Membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat palsu semasa membuat permohonan bagi perakuan bomba.

vi.Memindahkan atau menyerahhakkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan perakuan bombanya.

vii.Tidak memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai perakuan bomba hilang atau musnah,

viii.Tidak mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki.

ix.Tidak mempamerkan perakuan bomba pada setiap masa.

English EN Malay MS
Skip to content