Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-
1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan
2. Nama Balai :
2.1 Balai Bomba dan Penyelamat Putatan
2.2 Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort
2.3 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu
2.4 Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang
2.5 Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis
2.6 Balai Bomba dan Penyelamat Ranau (MOSAR)
2.7 Balai Bomba dan Penyelamat Kudat
2.8 Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud
2.9 Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu
2.9.1 Balai Bomba dan Penyelamat Pitas
2.9.2 Balai Bomba dan Penyelamat Keningau
2.9.3 Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan
2.9.4 Balai Bomba dan Penyelamat Tenom
2.9.5 Balai Bomba dan Penyelamat Sook
2.9.6 Balai Bomba dan Penyelamat Merotai
2.9.7 Balai Bomba dan Penyelamat Kunak
2.9.8 Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu
2.9.9 Balai Bomba dan Penyelamat Semporna
2.9.9.1 Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan
3. Elaun : Pegawai Bomba Bantuan RM8.00/jam
4. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memikili kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis;
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh permohonan ;
(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) /PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan panca indera seperti berikut :-
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
- Mempunyai penglihatan yang baik;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
- Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.
5. Notis Kebenaran daripada Majikan :
Bagi calon yang bekerja, Perlu mendapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat atau dalam web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.
6. Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen / sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan.
7. Alamat Permohonan :
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-
BALAI BOMBA YANG DIPOHON
8. Tarikh Tutup Permohonan :
17 FEBRUARI 2025 (ISNIN)
*Balai Bomba dan Penyelamat dibuka 24 jam setiap hari dan Pemohon boleh menghantar Borang Permohonan yang lengkap ke Balai yang dipohon.
9. KEPUTUSAN TEMUDUGA ADALAH MUKTAMAD.