Penggunaan Alat Pemadam Api
Secara umumnya, terdapat enam kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan “Simbol” atau “Penggunaan Huruf” yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.
Kelas Api | Penerangan |
A | Memadam kebakaran melibatkan bahan-bahan pepejal, biasanya sifat organik di mana pembakaran biasanya berlaku dengan pembentukan bara bercahaya (api biasanya berkarbon) |
B | Memadam kebakaran melibatkan bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya. |
C | Memadam kebakaran melibatkan gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya. |
D | Memadam kebakaran melibatkan bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya. |
E | Memadam kebakaran melibatkan peralatan elektrik. |
F | Memadam mebakaran melibatkan lemak dan minyak masak. |
Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api (APA) :
- Cabutkan Pin
- Halakan nozel ke pangkal (base) api
- Tekan tuil (lever)
- Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan