kemalangan ipoh

4 maut nahas treler, enam kereta

IPOH: Empat maut dalam kemalangan babit tujuh kenderaan di Kilometer (Km) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, petang ini. Mangsa membabitkan seorang lelaki dan tiga wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. Setakat ini, ientiti mereka masih belum dikenal pasti. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 3.02 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, iaitu sebuah lori treler dan enam kereta.

“Terdapat empat mangsa, iaitu seorang lelaki dan tiga wanita tersepit. Anggota bomba mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas dan semua mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.16 petang.

Oleh Balqis Jazimah Zahari – Julai 13, 2022 @ 6:19pm
bhnews@bh.com.my

kredit sumber : BH Online

English EN Malay MS
Skip to content