IKLAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) UNTUK NEGERI SABAH TAHUN 2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada Tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-

1.      Jawatan :

Pegawai Bomba Bantuan (PBB)

2.      Nama Balai :                                                                                                              

a. Balai Bomba dan Penyelamat Ranau

b. Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan

c. Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan

d. Balai Bomba dan Penyelamat Tenom

e. Balai Bomba dan Penyelamat Sook

f. Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort

g. Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis        

3.      Elaun :

Elaun Pegawai Bomba Bantuan untuk jawatan yang diperlukan         

Pegawai Bomba Bantuan  RM8.00/jam

4.      Syarat Lantikan :     

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memikili kelayakan seperti berikut :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis;
  • Berumur tidak kurang dari 18  tahun pada tarikh permohonan dan tidak melebihi 35 tahun ;
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau berkelayakan yang berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m bagi lelaki dan 1.54m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 49 kg bagi  lelaki dan 47 kg bagi wanita;
  • Mempunyai penglihatan yang baik;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
  • Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
  • Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

5.      Notis Kebenaran daripada Majikan :

Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat tertera di atas  atau dalam web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

6.      Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat tertera di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen / sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan.

7.      Alamat Permohonan dan tarikh tutup :

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-

IBU PEJABAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

JALAN LINTAS, LIKAS

BEG BERKUNCI 30

88990 KOTA KINABALU

SABAH.

(UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)

Tarikh tutup permohonan :

28 April 2023

(05:00 PM)

Borang Permohonan (PBB 3) | Borang PBB 4 ( Notis Kebenaran Majikan)

.

English EN Malay MS
Skip to content