












Serian, 26 Jun 2025
Perhimpunan Bulanan Bulan Jun 2025 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Serian. Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada setiap pegawai bomba di Sarawak atas komitmen dalam mendukung keselamatan dan kesejahteraan melalui perkhidmatan profesional yang disalurkan kepada masyarakat. Ia adalah selaras dengan tonggak kedua Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan yang membawa keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.
Turut diadakan adalah Penyerahan Sijil Pendaftaran Bomba Junior kepada S.K St Alban Duras, Serian selain penyerahan 3 CFRT kepada BBP Sungai Merah, BBP Tabuan Jaya dan BBP Bintulu. Turut diadakan adalah gimik penyerahan Mechanic’s Tools kepada YBrs Ir. Reduan bin Suhaili, Penolong Pengarah Seksyen Kejuruteraan Jentera sempena Minggu Servis.
Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan Encik Megos anak Simak, Guru Besar S.K Alban Duras, Serian.
UPA