16 November 2022 (Rabu) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Bangunan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Presint 4, Putrajaya. Seramai 1630 orang kakitangan termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja pembersihan terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Bahagian Latihan) dan Anggota dari Pasukan C, BBP Presint 7 yg diketuai oleh PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun. Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 11.45 pagi. Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Pegawai Bahagian Latihan) bersama 1 orang pegawai dan 2 anggota.

Pegawai sedang memeriksa Bilik Kawalan 
Pegawai sedang mendapatkan maklumat mengenai Bilik Kawalan 
Penyelia sedang mendapatkan maklumat daripada Ketua Insiden Pasukan ERT 
Penyelia tiba di kawasan dan tempat berkumpul 
Pasukan EMRS dari BBP Presint 14 sedang merawat mangsa yang telah dikeluarkan dari bangunan. 
Mangsa dimasukkan ke dalam jentera EMRS. 
Mangsa sedang dirawat oleh anggota Pasukan EMRS dari BBP Presint 14 
Mangsa di bawa ke jentera EMRS 
Penyelia memberi maklumat mengenai penyelamatan mangsa di dalam bangunan 
Situasi dan keadaan di tempat berkumpul semasa Latihan Kebakaran (Fire Drill)
