Sabtu, 19/3/2022 – Seramai 25 orang pegawai dan anggota JBPM Terengganu yang kediaman mereka telah terkesan akibat banjir yang melanda pada hujung Februari lalu telah mendapat perhatian dari Perisma JBPM Terengganu bagi menghulurkan sumbangan pada hari ini. Bertempat di BBP Kuala Berang, majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YS PPjB Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Terengganu yang diiringi oleh isteri, Puan Feridah binti Mohamad, yang juga Pengerusi Perisma JBPM Terengganu. Sumbangan berbentuk barang keperluan harian itu telah disumbangkan sebahagiannya oleh Perisma Kebangsaan melalui Program Prihatin Perisma Kebangsaan. Sumbangan juga diberikan kepada 17 Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Terengganu untuk kegunaan anggota bertugas yang diwakili oleh Ketua Balai masing-masing. Turut hadir ke majlis ini adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian bersama isteri serta ahli Perisma JBPM Terengganu.#BombaTerengganu#perismajbpm
PERISMA BOMBA BOMBA TERENGGANU TERENGGANU