*PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH SEMPENA AIDILADHA 1442H JBPM TERENGGANU 2021*
Khamis, 22/7/2021 – Program Ibadah Korban dan Aqiqah sempena Aidiladha 1442H bagi JBPM Terengganu diteruskan lagi hari ini di BBP Kuala Nerus dengan seekor lembu yang telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, yang juga merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Sembelihan pagi ini telah disempurnakan wakil YB Menteri, Ustaz Harmi bin Aman Razali yang turut dihadiri oleh En. Mohd Kamal Nazmi bin Kamaruddin, SU Politik YB Menteri. JBPM Negeri Terengganu yang diwakili oleh YS PPjB Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Terengganu telah menyerahkan cenderamata kepada YB Menteri melalui wakilnya sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan. Program yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan beberapa Pegawai Kanan JBPM Terengganu ini berlangsung dengan mematuhi SOP MKN dan MAIDAM yang telah dtetapkan bagi upacara korban.
Sekian, terima kasih.
BBP KUALA NERUS KUALA NERUS