Mencari Mangsa Lemas
Alamat : Jeram 7, Kg Air Putih, 24000 Kemaman.
Tarikh : 31.08.2021
Terima Panggilan : 16:18:45
Jentera Sampai : 17:10:14
Jentera Terlibat : LFRT ATEGO (BJT 8409) dan ISUZU DMAX (WXN 9151)
PPgB Mohamad Hanif bin Che Khalid mengetuai operasi bersama 5 psm dan 4 PBB dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh hadir di lokasi kejadian. Didapati benar seorang mangsa telah lemas selepas tegelincir ketika memancing.
Mangsa : 1 lelaki dewasa berumur 23 tahun
Tindakan : Pihak Bomba melakukan pencarian di permukaan air dan tebing sungai serta penyelaman dilakukan oleh 5 anggota dari unit PPDA BBP Chukai yg diketuai oleh Ketua BBP Chukai.Pencarian dilakukan dalam radius 100m dari tempat mangsa jatuh.Operasi masih lagi diteruskan dengan pencarian hanya di tebing sungai.Pencarian akan disambung oleh unit PPDA pada pagi esok bersama-sama unit K9.