YS PPjB Hj Hassan ‘As’ari bin Hj Omar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu membuat Kunjungan Hormat ke atas Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Bersama-sama YS Pengarah adalah Timbalan Pengarah serta Penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Terengganu. Sesi perkenalan ini Membincangkan Isu berkenaan kes-kes kebakaran dan menyelamat di Negeri Terengganu, status operasi dan membincangkan isu mengadakan Kempen Keselamatan dan Kesedaran kepada orang awam.