KHIDMAT KHAS MENGAMBIL MANGSA CEDERA DISERANG GAJAH LIAR

25.03.2024, Isnin – Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh telah menerima panggilan kecemasan membawa mangsa dirempuh gajah di Hutan Felda Cerul, Cheneh, KemamanKomander Operasi, PPgB Mohd Hafiezul bin Mohamad melaporkan terima maklumat daripada Pegawai Perhilitan terdapat seorang anggota Perhilitan cedera dirempuh seekor gajah liar ketika membuat kerja-kerja pemantauan hidupan liar. Pasukan Bomba bersama anggota Perhilitan dan orang kampung telah memberi rawatan awal kepada mangsa dan membawa mangsa dengan menggunakan strecher. Mangsa dihantar ke Klinik berhampiran dengan menggunakan EMRS

#sediamenyelamat#MalaysiaMadani#jbpmnegeriterengganu#Seeratserasasehatisejiwa

English EN Malay MS
Skip to content